exo brings happiness
Friday, January 11, 2013 12:20 PM
(rajah di atas menunjukkan gambar gambar 12 orang pelajar tadika yg berumur 4 hingga 6 tahun.)
Lol just kidding. kepada siapa y tak tau lagi siapa exo, ha ni lah dorang. gambar kat atas ni. cuba tgk kai aku, muka macam penghisap dadah y tak tidur sebulan. dengan eye bag nya y comel. lol tak boleh blah. um, harini aku nak cerita. macam mana aku boleh kenal exo. sebenarnya dah ramai dah orang tahu macam mana aku boleh jatuh hati kat beruk beruk kat atas ni, tapi... entahlah. niat di hati nak cerita lagi. sebab kisah aku kenal dengan dorang ni tak pernah hilang. still stay je dalam ingatan aku. hahaha ceh ayat, gaya macam dorang ni dah lama debut je padahal baru 9 bulan debut. so macam ni....
fyi, aku sebenarnya bukan baru je jadi peminat kpop ni. dah lama dah, sebenarnya. since 2009. aku minat sangat tengok drama Boys Over Flower. dan aku suka dengar lagu lagu OST drama tu. kebetulan pula, shinee ada nyanyi kan lagu untuk drama Boys Over Flower tu. aku pun layan jelah lagu tu. sampai lah, tiba tiba aku tersangkut kat lagu Hello by Shinee. masa tu tahun 2010, kalau tak silap. terus minat Minho. hehe, sebab dia comel gila oh em gee.
then, masa 2011, aku langsung dah tak minat kpop sangat dah sebab tak dengar apa berita dari Shinee. so, aku stop layan kpop sampailah... wujudnya geng geng kpoppers kt sekolah aku. nak tahu siapa ahlinya? Alis, Anis, Sakinah dan Hani. (ni semua geng kpop yang aku ingat.) dorang tak habis habis cerita pasal kpop. group paling hangat masa tu, ehem jangan cakaplah. mestilah Bigbang dan SS501. sejujurnya, aku agak rimas dengan dorang ni sebab hampir setiap masa dorang cakap pasal kpop sampai aku pun pernah cakap dalam hati
"apahal semua batak kpop mepop ni. please lah...."
see? betapa teruknya aku hina kpop padahal tak sedar diri yg dulu aku layan SHINee. lol ._. pada akhir tahun, jeng jeng jeng...... kat sekolah agama, (2011) si Athirah, Huda, Sakinah dan Azif kalau tak silap, dorang asyik nyanyi lagu Monalisa by MBLAQ je. aku tertanya tanya juga, lagu pebenda y dorang nyanyi ni? tapi aku memang kenal MBLAQ sebab.. uhuk uhuk. faham faham jelah. mak aku ni, pemberita kpop. kalau ada apa apa y aku tak tau, tak payah tanya, awal awal lagi dia dah inform aku siapa group itu siapa group ini. (sekarang ni, aku y tahu dulu itu group apa, ini group apa. heheh) so aku pun baliklah rumah. mentang mentang masa tu baru lepas UPSR, aku layanlah Mtv. tengok K-wave. (saja nak cuci mata) tetiba ada pula mv Monalisa ni. "ooooh ni ke lagu yang budak budak tu nyanyi." hm, tapi masa tu aku tak minat sangat kpop ni. means, MBLAQ tak berjaya menarik perhatian aku.
esoknya pula, ada sorang ni, aku tak pasti siapa, dia bawa majalah epop ke klik entah. aku lupa -_- dlm tu ada byk cerita pasal group group kpop y baru debut. aku usya ah. then ternampak group B1A4 dengan Teen Top. aku nampak sorang mamat handsome ni, comel gila. aku tunjuk kat kawan aku, "weh yang ni aku punya! J-jin... eh mcm mana nak sebut? Jinyoung!" lepas tu, balik rumah, aku search kt weheartit.com gambar Jinyoung ni. woah, handsome gila~ terus minat kat dia :D
PENDEKKAN CERITA.
2012;
percaya atau tidak, aku directioners. yes, sumpah demi allah aku cakap, aku ni directioner. bias aku dalam 1D pulak, Liam Payne. bila kat sekolah, aku tak berapa kisah sangat dengan geng geng kpop ni sebab aku ada geng directioner aku sendiri iaitu Ayu. dia minat Niall. pada suatu hari, alis dan geng geng kpop-nya, bercerita pasal kpop. aku pun dengar jelah then lama lama terikut balik. teringat segala kenangan indah ketika aku meminati Shinee. eceeeeh. tapi, nuh-uh, aku belum jadi kpopper sepenuhnya masa tu!
pada hari Khamis yang indah, tanggal 17 May 2012, aku tengah tunggu acik transport ambil aku kat rumah utk pergi sekolah. sementara tunggu tu, aku bukalah tv. aku tgk Kpop Countdown Inkigayo dan masa aku buka tu, tepat tepat pula keluar lagu MAMA by Exo-K. first time dengar, wow lagu ini serious best! walaupun ada unsur unsur seram disitu, tapi aku tak peduli! entah kenapa, lepas balik sekolah tu, hati aku ni mcm suruh aku search kt google pasal dorang. aku pun dengan rela hati search kt google pasal exo-k.
First Impression: tengok bio ahli kumpulan satu persatu.
First sekali, gambar dan bio Suho. Impression: Um, not bad. kinda handsome... takpe, scroll lagi ke bawah kot kot ada y lebih handsome ke...
Second, gambar dan bio Baekhyun kalau tak silap. Impression; mulut ke depan, uhm.. not my taste. but he's kinda cute, though. scroll lagi......
Third, fourth, and fifth!
Fifth, gambar dan bio Kai. Impression; wow handsome! my taste! i'm sooooo going to make him as my bias. ok yeorobun, he's mine. (cakap dalam hati sambil search kt google images gambar kai lalu save)
sixth person, kalau dah jumpa y berkenan di hati, takde maknanya aku nak scroll ke bawah lagi. so ahli exo yang keenam, minta maaf sgt2. lol
lama lama, aku jatuh hati kaut kesemua member exo (including exo-m) sebab dorang sangat adorable dan mempunyai personaliti yang hebat! masing masing ada daya tarikan tersendiri. sejak itu, aku terus jadi kpopper tegar! sampailah sekarang :') sumpah aku tak menyesal langsung berkecimpung semula (eceh) dalam dunia kpop ni. LOVE ALL OF THEM. exo hwaiting!!!
I NEED EXO COMEBACK!
EXO FIGHTING!
we are one!